Ramasamy yang juga Penegrusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia Sains, Teknologi dan Inovasi negeri itu tiba di ibu pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, kira-kira pukul 8.45 pagi ini.

Beliau yang ditemani peguamnya, Datuk Arjit Singh Jessy kemudiannya dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Ramasamy merupakan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang kedua yang dipanggil SPRM selepas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng semalam turut dipanggil memberi keterangan hampir 12 jam. – UTUSAN ONLINE