Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah sedemikian penting bagi mencari penyelesaian berhubung isu melibatkan kilang berkenaan.

“Persoalan berhubung proses membuat keputusan berkaitan Lynas, dalam hal ini ia melibatkan banyak pihak termasuk kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan.

“Saya tidak hak untuk bercakap lanjut soal kilang ini dan keutamaan saya sebagai Ahli Parlimen adalah berjumpa dan bersua muka dengan pekerja di sini dan mendengar maklum balas mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir sesi taklimat dan melawat kilang Lynas di Gebeng di sini hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Luar berkata, sebagai seorang wakil rakyat di Indera Mahkota, beliau perlu terlibat dan mengetahui tadbir urus kilang memproses nadir bumi itu.

“Jadi, dalam pertemuan hari ini saya ambil maklum dengan apa yang disampaikan dan akan membawanya ke mesyuarat Kabinet.

“Cuma dalam masa sebulan dua ini, tiada apa yang saya boleh katakan sebagai Ahli Parlimen dan anggota Kabinet, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin adalah yang terbaik untuk menyatakan perkembangan berhubung kilang ini, ,” katanya. - UTUSAN ONLINE