Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Isu lambakan ikan kembung selesai

KUALA LUMPUR 10 Julai - Lambakan ikan kembung di negeri-negeri utara Semenanjung bukan suatu isu lagi berikutan persatuan nelayan akan membeli bekalan tersebut untuk dijadikan stok pada musim tengkujuh akan datang.

IRMOHIZAM IBRAHIM

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan menyimpan bekalan ikan tersebut sebagai stok ikan sejuk beku segar dalam usaha bersiap siaga sekiranya berlaku kekurangan pada musim tersebut.

Justeru, katanya, bekalan kembali stabil dan tidak timbul lagi isu harga jualan yang tidak munasabah.

“Bekalan ikan kembung yang tinggi di utara Semenanjung hasil tangkapan yang mencecah 200 sehingga 1,300 kilogram ikan ketika ini. Pe­­ning­katan ini disebabkan oleh musim dan cuaca yang sangat baik.

“Justeru, langkah yang diambil (membeli bekalan ikan kembung) bagi memastikan harga ikan tidak terlalu menjunam selain sosio ekonomi para nelayan juga tidak terjejas,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri LKIM 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, berlaku penurunan mendadak sehingga enam kali ganda terhadap ikan kembung bersaiz kecil yang dijual pada harga RM4 sekilogram berbanding antara RM22 hingga RM25 sekilogram, tiga bulan lalu.

Penurunan harga sejak Aidilfitri kedua itu melibatkan ikan kembung bersaiz kecil iaitu antara 20 hingga 26 ekor ikan sekilogram.

Dalam pada itu, jelas Irmohizam, Malaysia ketika ini tidak bercadang untuk mengeksport lambakan ikan kembung ke Thailand dan China walaupun ada permintaan daripada negara itu, melainkan bekalan tempatan mencukupi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain