Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, ini susulan kejadian kebakaran kali kedua melibatkan kawasan kilang sama di Pulau Indah, dengan kali pertama pada April lalu dan terbaharu awal bulan ini.

Menurut Azmizam, isu berhubung meletakkan kilang bahan kimia merbahaya di zon perindustrian ringan perlu dikaji kerana kesannya kepada penduduk sangat tinggi.

“Saranan berhubung mengumpulkan kilang dalam satu kawasan boleh dipertimbangkan. Oleh demikian, kita bercadang akan membawa isu ini dalam sidang DUN akan datang.

“Kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk menjalankan perniagaan tetapi perlu ada garis

panduan yang jelas untuk semua pihak supaya mereka dapat mengikut segala syarat ditetapkan.

“Pada masa sama, kita meminta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat untuk melakukan pemeriksaan semula di setiap kilang di kawasan itu. Pemantauan berkala perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan semua kilang menjalankan aktiviti pengilangan mengikut segala syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

AZMIZAM ZAMAN HURI melawat dan beramah mesra dengan anggota bomba
AZMIZAM ZAMAN HURI melawat dan beramah mesra dengan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang yang terlibat memadam kebakaran kilang kimia baru-baru ini - UTUSAN ONLINE

Terdahulu, Azmizam melawat enam anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang yang cedera ketika memadamkan kebakaran di tiga buah kilang terlibat di Pulau Indah 5 Julai lalu.

Seorang lagi anggota yang cedera adalah dari BBP Sungai Pinang yang cedera di kaki ketika kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, seramai 60 anggota dan pegawai bomba memadamkan kebakaran yang mengambil masa lebih 12 jam.

Anggota bomba juga turut memindahkan gas ammonia yang terdapat di salah sebuah kilang selepas dimaklumkan oleh pemilik kilang. - UTUSAN ONLINE