“Kami membangkitkan bebe­rapa isu sebelum ini yang dianggap sebagai kontroversi,’’ kata Dr. Mahathir kepada wartawan di Majlis Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di sini.

“Saya berpendapat saya perlu menyatakan pendirian kita tentang perkara itu. Saya rasa dari setiap segi, beliau (Lee) agak mudah berurusan. Beliau menden­gar pandangan saya dan saya rasa beliau lebih bersikap terbuka untuk membincangkan perkara ini berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, mereka hanya menolak semua usaha untuk mengadakan perbincangan semula," katanya.

Ketika diminta mengulas sa­ma ada Singapura bersetuju untuk menyemak semula har­ga semasa, beliau berkata: “Me­re­ka tidak menyatakan bahaw­a mereka bersetuju, tetapi seku­rang-kurangnya mereka kelihatan bersedia untuk menyatakan pandangan mereka dan bagi ka­mi untuk menyatakan panda­ngan kami.’’

Mengenai langkah berikut­nya, Perdana Menteri menegaskan beberapa pegawai akan bertemu dan berbincang.

Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun ini apabila Dr. Ma­hathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai 'tidak masuk akal’ dan beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian itu.

Perjanjian air itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.

Singapura membayar 3.0 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air tera­wat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Johor sementara itu mempe­ro­­leh bekalan harian air terawat sehingga 2.0 peratus atau 5.0 mgd air yang dibekalkan kepada republik ini.

Menurut Perdana Menteri, satu lagi isu yang dibincangkan adalah tentang ‘Central Provident Fund’, bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut. – BERNAMA