Fenomena dua kali setahun itu berlaku pada pukul 5.28 petang pada setiap 16 Julai dan 28 Mei dengan gelaran Matahari Istiwa yang memudahkan umat Islam memperbetulkan arah kiblat masing-masing menerusi bayang-bayang objek.

Apabila berlakunya fenomena ini, matahari akan berada tegak di atas titik Kaabah untuk beberapa tempoh dan orang ramai boleh menggunakan objek seperti kayu atau pembaris bagi menentukan arah tepat kiblat menerusi bayang-bayang.

Berikut merupakan kaedah atau teknik bagi menentukan arah kiblat dengan menggunakan kaedah ini:-

1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,

3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.

Kaedah ini antara yang paling tepat selain menggunakan kiraan falak dalam menentukannya dan orang ramai perlu mengambil kesempatan itu untuk memperbetulkan arah kiblat masing-masing.-UTUSAN ONLINE