Sebanyak 1,323 unit rumah pendatang haram diberikan kelulusan sementara semalam ketika jumlah keseluruhan bertambah kepada 2,646 unit, langkah yang dilihat sebagai usaha Israel untuk meluaskan pembinaan rumah di Tebing Barat.

Menurut pertubuhan Peace Now yang memantau perkembangan penempatan haram Yahudi, rancangan pembinaan itu diluluskan jawatankuasa perancangan yang memantau pembinaan penempatan di Tebing Barat. - AFP