Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Irwan Serigar dilantik Pengerusi TRX City

MOHD. IRWAN SERIGAR ABDULLAH
MOHD. IRWAN SERIGAR ABDULLAH

KUALA LUMPUR 17 Mei – Proses pemilihan pemaju utama untuk membangunkan projek Bandar Malaysia akan dilakukan secara ketat bagi memastikan pemaju yang dipilih benar-benar berkelayakan demi menjamin kepentingan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi melancarkan proses pencarian pemaju baharu, kerajaan telah melantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah sebagai Pengerusi TRX City dan Bandar Malaysia yang akan mengetuai usaha-usa­ha meraih pulangan daripada aset-aset hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas Perdana Menteri, TRX City dan Bandar Malaysia akan menguruskan proses permohonan untuk cadangan (RFP) bagi menjemput mana-mana syarikat yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi pemaju utama projek Bandar Malaysia.

Najib juga berkata, penamatan perjanjian bersama konsortium IWH-CREC Sdn. Bhd. sebagai pemaju utama Bandar Malaysia sebelum ini adalah muktamad dan tidak akan diteruskan.

“Pemilihan pemaju akan melibatkan kriteria yang ketat termasuk penilaian dari segi rekod yang cemerlang, kecepatan menyiapkan projek, pengisian pembangunan dan keupayaan kewangan. Pulangan tertinggi daripada projek ini mahu diperoleh bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara.

“Di bawah kepimpinan Mohd. Irwan, saya berkeyakinan penuh prospek pembangunan Bandar Malaysia akan terus mengukuh,” katanya satu dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib turut mengesahkan Jawatankuasa Budiman yang ditubuhkan pada tahun 2015 untuk memantau pelan rasionalisasi 1MDB telah berakhir sementara Kementerian Kewangan terus mengekalkan 100 peratus hak pemilikan di dalam Bandar Malaysia.

“Saya mempunyai visi untuk melihat Kuala Lumpur menjadi antara ibu negara yang utama di dunia, oleh itu pembangunan Bandar Malaysia adalah kunci untuk mencapai visi ini,” katanya.

Katanya, selain membabitkan pembinaan menara pejabat dan kediaman, kerajaan mahu menjadikan Bandar Malaysia sebagai pemacu untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang lebih-lebih lagi dengan kewujudan Bandar Internet Kuala Lumpur iaitu Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.

“Kita mahu projek ini mencipta pembangunan yang ikonik untuk menggalakkan pelancongan serta menjadi pusat jaringan pengangkutan Malaysia menerusi pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, laluan aliran transit massa (MRT), Komuter KTM, Express Rail Link (ERL) dan beberapa lebuh raya dalam bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Irwan berkata, proses RFP akan bermula serta-merta dan setiap cadangan akan diterima sehingga 30 Jun ini, dan keputusan akhir mengenai siapa yang layak menjadi pemaju utama akan ditentukan oleh TRX City bersama nasihat daripada MoF menjelang 14 Julai 2017.

“Saya berbangga dengan pelantikan untuk mengetuai TRX City dan Bandar Malaysia dalam memaksimumkan pulangan kepada kerajaan dan pembayar cukai. Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menaruh keyakinan terhadap saya,” kata­nya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain