Bapanya, Idham Wazir A Wahab, 49, berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak pernah mempunyai sejarah penyakit berbahaya sebelum ini.

Jelasnya, anak keempat daripada lima beradik itu merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan gemar melakukan aktiviti renang di masa lapangnya.

“Anak saya tidak pernah sakit sebelum ini, memang dia tidak pernah kena. Selepas menghidapi penyakit itu, dia nampak terjejas, murung serta hilang keyakinan diri dan tidak seperti dahulu lagi.

“Kadang-kadang bila dia duduk sendiri, dia memukul-mukul kakinya dan bertanya kepada saya kenapa dia terkena penyakit seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Dahlia di sini hari ini.

Beliau berkata, kini segalanya sudah berubah dan anak lelakinya itu dilihat sudah mula hilang keyakinan diri dan personalitinya juga tidak seperti dahulu lagi. - UTUSAN ONLINE