Mohd . Uzir Mahidin
Mohd . Uzir Mahidin

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata, output sektor pembuatan meningkat 4.5 peratus pada Jun 2018 selepas merekodkan pertumbuhan 4.1 peratus pada Mei 2018, dipacu sub-sektor utama seperti produk peralatan elektrik dan elektronik (5.4 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.4 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (5.2 peratus).

Beliau berkata, output sektor elektrik naik 3.0 peratus pada Jun 2018 selepas mencatatkan peningkatan 2.6 peratus pada Mei 2018.

"Sementara itu, output sektor perlombongan merekodkan penyusutan 9.4 peratus pada Jun 2018 bagi tempoh sama tahun lepas disebabkan penyusutan dalam Indeks Gas Asli (-15.7 peratus) dan indeks Minyak Mentah (-2.2 peratus)," katanya. - BERNAMA