Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya akan mengajukan perkara itu kepada kerajaan secepat mungkin untuk keselesaan dan memudahkan orang ramai berurusan.


“Bangunan sedia memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki, keadaan IPD Kluang sekarang sempit dan tidak mesra penduduk kerana lokasinya tidak sesuai.


“Begitu juga terdapat kebocoran bumbung dan masalah tempat letak kereta,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Apresiasi Keselamatan Untuk Kesejahteraan Awam di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) negeri, Mohd. Shaman Jaes.


Beliau menjelaskan keadaan dan perancangan yang akan dilakukan untuk IPD Kluang ketika menjawab soalan seorang peserta dalam sesi dioalog program tersebut. - UTUSAN ONLINE