Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini berikutan penyediaan khidmat penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan yang kompetetif dan terbaik berbanding negara-negara jiran.

"Pelancong dalam industri tersebut kebanyakannya ingin mendapatkan khidmat perubatan di negara ini kerana mereka yakin bahawa doktor-doktor kita merupakan kelulusan dari universiti terbaik dari negara Rusia, India dan China dan mereka lebih yakin untuk datang," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu sejauh mana industri pelancongan kesihatan menyumbang kepada ekonomi negara.

Mohamed Nazri berkata, Malaysia juga mempunyai khidmat selepas penjagaan yang terbaik kerana negara mempunyai pusat-pusat peranginan yang cantik bagi membantu proses pemulihan. - BERNAMA