Menurut Pengarah Besar di Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Semuel Pangerapan, langkah itu diambil berikutan peningkatan berita-berita palsu dan ucapan berbentuk kebencian serta desakan oleh parti-parti Islam untuk mengetatkan lagi undang-undang antipornografi.

Sistem itu beroperasi secara automatik dengan mencari kandungan internet dan mengeluarkan amaran sekiranya menemukan sesuatu bahan yang tidak patut dilayari.

Tambah Semuel, pihaknya akan menyekat laman web asing yang memaparkan kandungan seumpamanya tetapi aplikasi seperti pemesejan bakal diberikan amaran terlebih dahulu. - REUTERS