Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, siasatan pihaknya juga mendapati 
sindiket yang didalangi warga asing dan tempatan itu mengenakan bayaran di angara RM1,000 hingga RM4,000 bagi setiap kad.

Beliau berkata, pihaknya mengesan pemalsuan e-kad tersebut menerusk operasi yang dijalankan selepas permohonan kad itu tamat pada 30 Jun lalu.

"Memang ada kes penipuan e-Kad yang dicetak oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

"Pemalsuan bukan sahaja pada bilangan kad tetapi ia termasuk orang yang menjadi ejen yang mengendalikan proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Interaksi dan Amanat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Depot Imigresen Tanah Merah di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 200 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri ini melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Yang turut hadir, Pengarah Imigresen Negeri, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dan  Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Moh Samsudin Yusoff. - UTUSAN ONLINE