31 Ogos, bakal menjelang tiba. Hari peristiwa yang paling diingati dalam sejarah Malaysia sejak kita menerima kebebasan 62 tahun dahulu. 1957, detik bersejarah akan sentiasa tersemat dalam ingatan semua rakyat Malaysia yang menyaksikannya pada ketika itu Tunku Abdul Rahman berdiri di tengah podium Dataran Merdeka sambil melaungkan perkataan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali. Disambut dengan sahutan, laungan dan sorakan satu stadium menggamatkan suasana.

Jika anda lahir selepas tarikh keramat itu, pasti tidak akan dapat melihatnya secara langsung. Sudah tentu pelbagai sejarah lampau yang diceritakan oleh datuk dan nenek semasa anda masih kecil. Nah, bila bercerita pasal zaman kanak-kanak, apa yang paling diingati oleh anda selain sambutan kemerdekaan yang meriah? Ayuh, lihat antara senarai snek ringan kegemaran rakyat Malaysia ini:

Jumbo Haw Flakes
Manisan ini diterbangkan khas dari China dan menjadi kegemaran bukan sahaja masyarakat Cina tetapi pilihan ramai. Diperbuat daripada buah Chinese hawtorn dan gula, snek ringan ini paling digemari oleh kanak-kanak kerana peknya kecil serta mudah untuk diletakkan di dalam poket.

APOLLO Chocolate Wafer
Snek ringan yang seterusnya ini merupakan antara snek yang sering menjadi pilihan kanak-kanak, tidak kira zaman. Wafer biskutnya sangat rangup serta berintikan cecair coklat yang pada dan enak. Mudah untuk dimakan pada bila-bila masa dan dimana jua.

88 Super Bubble Gum
Masih ingatkah anda akan bubble gum berwarna-warni yang didatangi dalam 3 biji sepaket? Ya, inilah bubble gum yang mudah untuk didapati daripada kedai-kedai runcit berdekatan. Kini, hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang dapat dibeli. Untuk lebih mudah lagi, beli sahaja secara online.

CHOKI Choki
Cecair coklat dalam tiub ini amat terkenal di kalangan bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa pun turut menggemarinya. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau disapu ke atas roti. Didatangi dalam 5 tiub sepaket, dengan berharga semurah RM 1.20, anda boleh dapatinya di mana-mana kedai. Tetapi untuk penjimatan berganda, anda boleh melakukan pembelian secara online. Harga sekotak, jimatnya seperti beli sepaket.

Coklat TORA
Nah, bila bercakap mengenai coklat, pasti coklat Tora ini adalah satu jenama yang tidak boleh ketinggalan. Coklat berbentuk bulat dan berinti wafer rangup, membuatkan anda tidak cukup dengan sepaket sahaja. Tambahan pula, Tora sertakan free gift permainan dalam setiap kotak. Sebut sahaja Tora, coklat ini pasti menjadi rebutan kanak-kanak di zaman 90-an.

MAMEE Monster Perisa Ayam
Snek ringan ini mudah untuk didapati di kedai-kedai runcit sehingga masa kini. Ianya selalu sahaja menjadi pilihan orang ramai, tidak kira peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Snek ringan yang berbentuk seperti mee segera ini sangat rangup. Boleh dimakan sewaktu menonton televisyen atau melakukan tugasan kerja. Disediakan juga paket perasa buat anda yang ingin menambah perisa.

ICE Gem Biscuits
Biskut rangup yang mempunyai perasa manis gula icing ini, enak dimakan pada bila-bila masa. Biskut ini mudah dibeli di kedai borong yang menjualnya secara timbang dan diletakkan di dalam tin besar untuk pembekal kedai runcit. Enak dimakan semasa menjamu minuman petang, kanak-kanak pasti menggemarinya.

NINI Chocolate Dip Sticks
Bagi anda yang sememangnya gemarkan coklat dan biskut, snek ringan ini adalah pilihan yang terbaik. Disediakan di dalam satu bekas yang sama, biskut jejari rangupnya boleh ‘direndam’ di dalam cecair coklat untuk menambahkan lagi kesedapan biskut ini. Snek ringan ini masih boleh didapati di kedai-kedai runcit dan mudah untuk dibeli secara online.

NANO NANO Sweets
Gula-gula yang mempunyai 2 perasa dalam satu ini, selalu sahaja menjadi rebutan kanak-kanak pada zaman 90-an. Didatangi dalam pek kecil dan berharga murah, gula-gula ini sangat digemari oleh semua.

WHITE Rabbit Candy
Candy kenyal daripada jenama White Rabbit ini sememangnya amat digemari oleh orang ramai. Rasanya yang gebu dan lembut, memudahkan anda untuk menelannya. Elakkan daripada memberi gula-gula ini kepada bayi atau kanak-kanak berusia dibawah 3 tahun. Jika tersalah telan, takut tercekik pula.

Semasa zaman anda masih kecil atau pada tahun 90-an, sudah tentu pernah melihat dan memakan snek-snek pilihan yang selalu dibawa oleh ‘bhai roti’ atau boleh didapati di kedai runcit.

Snek ini selalu sahaja dibeli sewaktu pulang dari sekolah atau selepas melakukan aktiviti bermain padang di waktu petang.

Selepas penat mengeluarkan peluh, pasti anda akan membeli snek ringan dan duduk bersantai bersama rakan-rakan sepermainan sambil menjamu snek-snek tersebut.

Anda bernasib baik kali ini kami menjumpai beberapa snek ringan yang sudah pun dijual secara online dan mudah untuk membelinya.

Ada beberapa laman web yang menawarkan jualan online untuk snek-snek ini seperti Lazada. Jangan lupa gunakan Lazada voucher untuk penjimatan lebih semasa pembelian! Merdeka!