Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA) Universti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badarudin berkata, beliau berharap supaya ilmu tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan tanpa melupakan nilai-nilai-nilai agama.

“Negara memerlukan tenaga kerja yang berteraskan STEM bagi memacu ekonomi berasaskan inovasi. Peranan sekolah dan universiti penting dalam menghasilkan modal insan berorientasikan dengan pendidikan STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Penutup Karnival STEM Peringkat Negeri Melaka 2018 di Auditorium UiTM Kampus Jasin di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan negeri, Jasmi Abu Samah dan Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini. - UTUSAN ONLINE