pix

MUAR 17 Ogos - Penemuan seekor ikan Yu Paus dari spesies Rhincodon Typus di sekitar Jeti Pengkalan Parit Jawa di sini hari ini menggemparkan penduduk setempat.

Ketua Perikanan Daerah Muar, Mohd. Faris Adnan berkata, ikan itu ditemukan hanyut oleh sekumpulan nelayan pada jarak kira-kira tujuh batu nautika dari Jeti Pangkalan Parit Jawa.

Menurut beliau, ikan Yu Paus seberat lima tan itu akan dibawa ke Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC) di Rantau Abang untuk bedah siasat.

"Kita anggarkan panjang ikan itu adalah berukuran lima meter dan selebar dua kaki. Namun kita masih belum mengenal pasti jantina ikan.

"Unit Perlindungan Sumber Batu Pahat akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap ikan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Tambah Mohd. Faris, TUMEC memaklumkan ikan Yu Paus itu akan diawet selepas selesai proses bedah siasat.

"Yu Paus merupakan spesis terancam dimana ia berkemungkinan sesat di perairan ini," jelasnya.

Habis.