Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib juga memerintahkan supaya Ng Kok Yu, 42, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan membayar kos dan faedah lain yang akan ditentukan kemudian.

Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tujuh saksi plantif manakala Kok Yu yang merupakan pengarah korporat di sebuah syarikat elektronik menjadi satu-satunya saksi defendan.

Saman itu dikemukakan Mohd. Shariff Awang Ngah, 50, dan Norhabibah Aidir, 50, iaitu ibu bapa kepada Nureen Ain Juwita, 10, serta Nor Azila Mudzafar Shah, 32, ibu kepada Salsabila Zulkhairi, 12, serta Mahathir Mohamad, 7.

Ia dikeluarkan terhadap Kok Yu beralamat di Nombor 77, Medan Terengganu, Georgetown, Pulau Pinang, melalui peguam mereka, Mohd. Harris Abdullah pada 29 Oktober tahun lalu.

Pada 4 Februari 2017, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik ditemukan lemas di dalam sebuah kolam takungan bekas perlombongan bauksit di Taman Sungai Karang Jaya. - UTUSAN ONLINE