Kejadian selama 20 minit bermula kira-kira pukul 6.40 petang itu menyaksikan orang ramai teruja melihat dan mengutip ais sebesar batu cincin itu.

Seorang penduduk, Nazree Sahbudin, 35, berkata, kejadian itu mengejutkan orang ramai di kawasan berkenaan yang pertama kali menyaksikan hujan ais seperti itu.

"Semasa kejadian, saya dan beberapa orang rakan sedang minum di sebuah kedai sebelum dikejutkan dengan hujan batu secara tiba-tiba.

"Ia bermula dengan hujan biasa kira-kira lima minit," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE