Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

HRC mula kerja naik taraf loji Port Dickson bernilai RM580 juta

hrc
HAMZAH ZAINUDIN (tiga dari kanan) mendengar taklimat oleh Timbalan Pengerusi Syarikat Shandong Hengyuan Petrokimia, Wang Zhongquan (dua dari kanan) ketika majlis pecah tanah bangunan Hengyuan Refinery Company Berhad di Port Dickson, hari ini. - UTUSAN/IZZUL AHMAD

TELOK KEMANG 25 Ogos - Hengyuan Refining Company Berhad (HRC), dahulunya dikenali sebagai Shell Refining Company (M) Berhad, hari ini mengadakan majlis pecah tanah menandakan permulaan kerja pembinaan menaik taraf loji penapisan di Port Dickson dekat sini bagi membolehkan pengeluaran minyak spesifikasi Euro 4M.

Projek naik taraf bernilai kira-kira RM580 juta itu akan melibatkan pembinaan kompleks bersepadu yang direka bentuk untuk memudahkan pengeluaran petrol yang memenuhi spesifikasi Euro 4M.

Upacara pecah tanah itu telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh; Pengerusi HR, Wang Youde dan Pengarah Urusan HRC, Maarten Stals.

Menurut Youde, kejayaan memulakan projek itu akan meletakkan loji penapisan HRC berupaya menghasilkan Euro 4M yang mana kerajaan Malaysia telah menetapkan garis masa melaksanakan spesifikasi petrol itu untuk gred RON 95 di seluruh negara pada 1 Oktober 2018.

“Kerja naik taraf ini akan merangkumi teknologi canggih yang telah teruji di kilang penapisan dekat Shandong, China. Apabila siap kelak, ia akan membolehkan loji penapisan di sini menghasilkan sehingga 1.15 juta tan metrik minyak setahun,” katanya.

Kerja menaik taraf itu dijangka siap menjelang suku keempat 2018. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain