Terbaharu, Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) negeri bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis (IPD) di sini hari ini.

Pengerusinya, Miar Yahya berkata, tindakan tegas perlu diambil apabila masih ada pihak memandang remeh terhadap kesalahan menghina Ketua Agama Islam negara.

"Perbuatan menghina raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negara ini sama seperti menghina agama Islam dan ketuanan Melayu.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan kami berharap satu peruntukan akta baharu yang lebih tegas dengan hukuman berat perlu diwujudkan. Ia boleh digunal menerusi rang undang-undang baharu yang perlu dibentang segera di Parlimen dan diluluskan bagi mengekang perbuatan melampau menghina raja-raja Melayu," katanya selepas membuat laporan polis berkenaan.

Menurut Miar, hukuman menghina raja-raja yang bergantung kepada Akta Hasutan yang diguna pakai sekarang sudah tidak menggerunkan bagi pelaku kerana permohonan maaf dianggap seperti sayu 'permainan'.

"Kami cadangkan denda dan penjara maksimum 20 tahun serta sebatan agar perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE