Yew Yin, 87, tiba di balai polis berkenaan pada pukul 2.55 petang menaiki kereta jenis BMW bersama seorang wanita.

Peguam beliau, Leong Cheok Keng tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis akan merekod keterangan Yew Yin bagi siasatan berhubung kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam melalui media sosial.

Ini susulan aduan diterima berhubung kenyataan Yew Yin yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yew Yin dalam laman blognya baru-baru ini menulis anggota tentera hanya makan dan tidur.

Beliau kemudian meminta maaf sambil menarik balik kenyataannya itu. - UTUSAN ONLINE