Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata, himpunan unik yang menggabungkan 1,220 trak di pekarangan tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil itu diyakini akan menarik minat pelancong tempatan dan luar negara dan mampu mengetengahkan acara itu kepada masyarakat luar.

“Saya yakin, festival unik ini akan menarik kedatangan pelancong termasuk pelancong asing kerana himpunan seumpama ini jarang diadakan di tempat lain.

“Himpunan ini akan dirangka sebagai festival antarabangsa dan diharapkan ia akan membantu memacu industri eko pelancongan negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra #Pakatan Pemandu dan Gabungan Truckers bersama pemimpin, di sini hari ini.

Teks ucapan itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah.

Himpunan itu juga melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai himpunan pemandu trak terbanyak. - UTUSAN ONLINE