Abdullah Hadi berkata, tawaran lumayan itu diterima daripada seorang peminat ayam baka tersebut dari Thailand yang berminat untuk membeli Hijau.

"Walaupun harga yang ditawarkan itu agak lumayan, namun saya belum bersedia untuk melepaskan Hijau.

"Hijau baharu kali pertama menyertai pertandingan, sayanglah untuk saya menjualnya. Lagipun kami sudah selesa bersama" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebanyak 41 kokokan sepanjang tempoh 15 minit yang dilontarkan oleh Hijau pada pertandingan itu menobatkan ayam milik Abdullah Hadi menang tempat pertama.

Pada pertandingan itu, Hijau menewaskan 59 ekor ayam-ayam lain untuk muncul juara bagi edisi sulung itu.

Sementara itu, penganjur pertandingan tersebut, Mahadi Ismail, 43, memberitahu sejurus berita pertandingan itu keluar di media massa harga unggas berkenaan naik dua kali ganda.

Katanya, kebiasaan induk ayam itu berharga sekitar RM50 seekor, namun ia naik mencecah RM150 dan keatas.

"Ini sesuatu yang amat mengejutkan saya dan peminat ayam hutan hibrid,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE