Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan negeri hari ini, statistik yang dicatatkan sehingga pukul 2.45 petang semalam menunjukkan peningkatan sehingga 1,691 kes berbanding 1,679 sehari sebelumnya.

“Jumlah pesakit yang sedang dirawat di hospital pula meningkat satu kes berbanding tiga sebelumnya iaitu masing-masing dua di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya,” jelas kenyataan berkenaan.

Sementara itu, jumlah kes terbanyak dikesan di Timur Laut yang kini mencecah 930 kes berbanding 618 iaitu pertambahan lebih 50 peratus.

Daerah Barat Daya turut mencatatkan peningkatkan kes kepada 277 berbanding 93 kes sebelumnya manakala 254 kes dicatatkan di Seberang Perai Selatan berbanding 159 sepanjang tempoh pemantauan pada minggu lalu. - UTUSAN ONLINE