Pengarahnya, Mohd. Jamil Mohamed berkata, kesemua yang ditutup melibatkan tahun satu dan tahun dua sekolah berkenaan.

Katanya, jumlah murid dijangkiti HFMD di sekolah berkenaan ialah sebanyak lapan orang.

“ Ketika ini, hanya SJKC Shih Chung sahaja yang ditutup sepenuhnya manakala tiga buah sekolah lagi, hanya menutup beberapa kelas sahaja ekoran wabak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE