Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, daripada jumlah itu, 11 daripadanya melibatkan tadika, sembilan (taska), satu (pusat jagaan) serta masing-masing tujuh di pra sekolah dan sekolah rendah.

Katanya, tujuh sekolah tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phor Tay, SJKC Shih Chung, SJKC Sum Sun, SJKC Chong Cheng, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, SJKC Sum Min 1 dan SK Saujana Indah.

“Daripada tujuh buah sekolah rendah itu, hanya SJKC Shih Chung yang semua kelasnya masih ditutup sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE