Peringatan itu disuarakan, Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor supaya rakyat tidak diheret dalam soal mendatang kerana persoalan hari ini sudah cukup besar untuk didepani.

Tegas beliau yang juga bekas ahli PKR, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah memberi ruang sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta barisan Kabinet untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Rakyat mengundi perubahan kerajaan dengan harapan besar agar masalah besar negara yang menghimpit di bawah kerajaan sebelum ini dapat diselesaikan. Itu hakikat dan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Maka, fokus kerajaan hari ini mestilah ke arah merungkai masalah yang bukan kepalang yang memerlukan sikap betul kesemua pimpinan kerajaan dan parti memerintah. Justeru, hentikan bicara soal Perdana Menteri selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE