Sepatutnya, Haris didaftarkan sebagai saksi dalam sesi perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan (MK) semalam oleh pasukan undang-undang Parbowo-Sandiaga.

“Saya menolak untuk menjadi saksi kerana terdapat beberapa alasan dan sebab,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Detik News.

Haris turut menyerahkan surat untuk menarik diri daripada menjadi calon saksi kepada MK dan antara alasan yang diberi oleh aktivis itu termasuk Praboso disifatkan sering melanggar HAM sebelum ini.

Selain itu, Haris juga menilai kubu pertahanan Joko Widodo (Jokowi) tidak mempunyai kaedah penyelesaian terbaik berhubung kes-kes berkaitan HAM.

“Saya melihat Prabowo mempunyai titik hitam dalam perkara berkaitan HAM, misalnya dalam kes berhubung penculikan, orang hilang dan rusuhan pada 1998, malah Jokowi juga tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan kes pelanggaran HAM. – AGENSI