Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, perbincangan itu antara lain untuk mencadangkan operator penerbangan mengurangkan margin keuntungan masing-masing agar dapat memastikan tiket laluan dijual pada harga lebih murah.

“Kita tidak mengawal harga tiket, sebab itu harga kadangkala dijual tersangat murah atau mahal kerana bergantung kepada waktu puncak atau tidak.

“Bagaimanapun kerajaan melalui Mavcom sedang merangka penetapan harga siling tiket kerana kita mendapati harga kadangkala naik sehingga lima kali ganda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) yang bertanyakan mengenai harga tiket penerbangan domestik dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE