Penetapan itu adalah peningkatan tujuh sen bagi kedua-dua RON95 dan RON97 berbanding harga seminggu lalu. Harga diesel turut mengalami peningkatan sebanyak empat sen kepada RM1.99 seliter, berbanding RM1.95 seliter minggu lalu.

Harga baharu yang diumumkan itu adalah peningkatan semula berbanding dua minggu berturut-turut sebelum ini yang menyaksikan harga runcit bahan api tempatan mengalami penurunan.

Pengumuman harga itu adalah hasil pelaksanaan harga siling petrol dan diesel secara mingguan yang diumumkan pada minggu pertama April lalu, dengan harga baharu bermula setiap Khamis untuk tempoh seminggu sehingga Rabu berikutnya. - UTUSAN ONLINE