Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, kerugian yang dialami oleh syarikat pembekalan atau badan yang menguruskan air adalah berpunca akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan.

Selain itu, persoalan utama­nya yang perlu diberi penekanan ialah adalah mutu per­khidmatan

AZAM BAKI
AZAM BAKI 

bekalan air itu sendiri.

“Adakah ia lebih cekap dan kualiti air yang sampai kepada pengguna selamat digunakan atau sejauh mana per­khidmatan bekalan air bersih ini dapat dikecapi oleh penduduk yang tinggal di perkampungan terpencil? Jangan terlalu mengejar ke­­­untungan te­tapi mengabaikan mutu dan kualiti perkhidmatan yang diharapkan rakyat.

“Harga air yang naik wajar diseimbangkan dengan kualiti serta mutu perkhidmatan yang baik. Kerugian yang dialami jika dikaji berpunca daripada kelemahan pengurusan dan penyelewengan. Oleh itu, perbetulkan dahulu struktur dan stan­dard prosedur operasi sebelum menuding jari kepada lain-lain faktor,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azam, peruntukan kerajaan Pusat dan negeri bagi peruntukan pengurusan air kepada pihak-pihak dipertanggungjawabkan yang mencecah berbilion ringgit perlu dipantau dan diuruskan dengan berintegriti.

Tambahnya, sekiranya tidak diurus dengan baik maka ia akan terus mengalir dan tiris sebagaimana paip-paip yang bocor ke poket-poket pihak yang berkepentingan.

“Skandal Jabatan Bekalan Air Sabah membuktikan bahawa penyelewengan dalam pengagihan kontrak dan tender pembinaan serta penyenggaraan air berlaku.

“Kesannya walaupun beratus juta peruntukan disalurkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air, namun matlamat ini tidak tercapai akibat daripada rasuah dan salah guna kuasa pihak-pihak berwajib,” jelasnya.