Harussani

Walaupun ada segelintir masyarakat pada hari ini yang gemar mengumpulnya sebagai ‘hobi’, perkara itu perlu dielakkan kerana ia jelas tidak mendatangkan sebarang faedah.

Me­ngulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penapi­san Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Harussani Zakaria berkata, barangan seperti patung jenglot yang didakwa merupakan jelmaan jin, minyak pengasih dan lain-lain yang rata-ratanya diimport dari Indonesia sepatutnya tidak berada dalam pasaran negara kerana ia berada di bawah kawalan Jakim.

Jelas beliau, pihaknya akan menilai terlebih dahulu barangan berkenaan sebelum ia dibenarkan masuk ke Malaysia dan dijual kepada orang ramai.

“Jadi, selalunya bila nak import barang-barang se­perti itu perlu dibawa ke Jakim dahulu dan kita akan bermesyua­rat untuk tentukan sama ada ia sesuai dijual di dalam negara atau tidak.

“Memang banyaklah kita sudah tahan benda-benda macam itu. Yang bolos ini sebabnya kadang-kadang ia dibawa masuk sebagai bara­ngan peribadi oleh orang perseorangan dan tidak diisytiharkan seperti sepatutnya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Harussani yang juga Mufti Perak menambah, adalah sesuatu yang amat membimbangkan apabila barang-barang yang boleh memesongkan akidah itu kini diiklankan secara dalam talian kerana ia boleh diakses tanpa batasan oleh semua lapisan masyarakat.

Tegasnya, sabit kesalahan mereka yang menjual boleh didenda dan kesemua bara­ngan terbabit akan dirampas.