Antara yang menyokong kenyataan berkenaan adalah Pertubuhan Gerakan Qiam Malaysia (Qiam). Berikut adalah kenyataan penuh pertubuhan berkenaan.

Kenyataan media Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertajuk ‘Naratif Malaysia: Tiada Bangsa Malaysia’, tetapi rakyat Malaysia pada 24 Mei 2019 disokong kuat oleh Qiam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk menegakkan negara Malaysia yang bersatu padu, harmoni dan membangun. Naratif ini hendaklah berteraskan nilai budaya penduduk asalnya bangsa Melayu dan agama Islam dan Perlembagaan Malaysia.

Kenyataan media Datuk Seri adalah merujuk kepada sebuah penulisan Lim Kit Siang yang mencadangkan supaya konsep bangsa Malaysia digiatkan oleh pihak media negara ini bagi mewujudkan sebuah naratif Malaysia yang baru.

Datuk Seri menekankan bahawa Kit Siang gagal memberikan takrifan bagaimana bangsa Malaysia harus dimaknakan apatah lagi untuk dilaksanakan. Diakhir kenyataan Datuk Seri itu, beliau menyarankan agar DAP melupakan konsep Malaysian Malaysia yang menjadi ideologinya selama ini.

Dalam menyokong saranan Datuk Seri, Qiam berpendapat bahawa apa jua model, ideologi, fahaman, falsafah serta dokrin yang hendak diterapkan dalam perancangan, visi serta wawasan negara mestilah mengambil kira ciri ciri karakter, sejarah serta landasan budaya bangsa Melayu dan agama Islam.

Ia juga bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia. bangsa Melayu merupakan bangsa penduduk asal negara dan rantau ini sejak 63,000 tahun dulu mereka telah membina kerajaan Melayu dan seterusnya berjuang untuk mempertahankan negara dari penjajahan asing.

Bagi DAP untuk menganjurkan satu konsep bangsa Malaysia yang alien walau pun masih kabur, adalah tidak boleh diterima sama sekali oleh rakyat negara ini.

DAP mesti faham kemenangan PH di PRU-14 tidak bermakna rakyat menerima konsep perjuangan mereka. Rakyat sebenarnya mahu pemerintahan raja berperlembagaan dan ‘rule of law’ dikekalkan.

Qiam menggesa supaya pemimpin DAP menggugurkan konsep Malaysian Malaysia dari fikiran mereka dan berpijak di bumi nyata selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat negara tercinta ini. Yang jelas ,untuk ke sekian kalinya DAP membangkitkan rasa marah rakyat yang mampu mengancam kestabilan negara.

Qiam dengan ini mendesak kerajaan supaya menolak terus konsep Malaysian Malaysia DAP ini, walau dalam apa rupa bentuk sekali pun ,termasuk bangsa Malaysia. memetik Tan Sri Khoo Kay Kim sejarawan ulong ‘Malaysia ialah tanah Melayu, bukan Cina atau India.’

Presiden Qiam, Datuk Sirajuddin Salleh

*Kenyataan di atas tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.