Menurut Mat Zin Husin, 54, akibat sakit tulang belakang tersebut beliau kini tidak mampu bekerja seperti biasa dan terbaring the lesu di katil.

"Lebih memburukkan keadaan, saya kini menghidap penyakit kencing manis yang menyebabkan badan saya menjadi susut.

"Sudah tiga bulan saya tidak bekerja kerana penyakit ini. Keadaan tersebut menyebabkan saya tidak mendapat gaji yang penuh," katanya selepas menerima kunjungan Pengerusi NGO, 99 Kebajikan Insan Selangor (99 Kesan), Muhd. Ali Zakariah di sini semalam.

Yang hadir sama Setiausaha 99 Kesan, Ab. Rahman Nordin.

Mat Zin berkata, beliau amat memerlukan bantuan lampin pakai buang, kos rawatan dan menampung belanja seharian.

Katanya, pendapatannya kini kurang daripada RM3000 akibat tidak mampu bekerja seperti biasa untuk mendapat gaji lebih tinggi.

"Saya perlu menanggung isteri, Normah Abdul Rahman, 52,dan seorang anak Zulfakri berusia 20-an yang tidak mempunyai kerja tetap.

"Dalam keadaan uzur begini saya tidak boleh aktif bergerak. Harap ada yang sudi membantu," katanya.

Sementara itu Muhd. Ali berkata, beliau berharap pihak Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa datang melawat Mat Zin untuk bantuan sepatutnya disalurkan segera.

"Kita berharap peruntukan yang sewajarnya seperti kerusi roda dan yang berkaitan diberikan kepada saudara Mat Zin, "katanya.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh datang sendiri ke rumah Mat Zin di Pangsapuri Seri Proton Blok B 4-21 atau memasukkan wang ke dalam Akaun Bank Simpanan Nasional milik Mat Zin di nombor akaun 101614100100645 atau menghubungi beliau di talian 0122487138. - UTUSAN ONLINE