Daripada jumlah itu, 544 orang merupakan penuntut antarabangsa termasuk dari negara Eropah seperti United Kingdom, Jerman dan Kanada, seramai 227 orang mendaftar di kampus Kuala Lumpur dan selebihnya di sini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Durrishah Idrus berkata, semua penuntut ditawarkan untuk mengikuti pengajian bagi 55 program pengajian prasiswazah di tujuh buah fakulti.

Fakulti tersebut adalah Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun dan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak.

“Semua mereka akan mengikuti Program Minggu Mesra Mahasiswa yang bermula hari ini sehingga 7 September ini untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE