Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dua fokus itu menjadi agenda utama kerana perlu diberikan pembaharuan selepas pemerhatiannya dalam tempoh sembilan bulan mengemudi kementerian terbabit.

Beliau berkata, selain dua fokus utama itu, hala tuju yang akan dilancarkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor akan turut merangkumi lima teras saling berkaitan antara satu sama lain untuk sektor pertanian.

“Semua agenda dalam hala tuju itu adalah penting bagi menjamin keselamatan makanan negara dengan memastikan produktiviti dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknologi terkini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Bersama Media di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE