Habibi, 43, menggantikan Chandra, 50, yang akan memulakan tugas baharu sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Habibi mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1995 dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di IPD Kota Kinabalu, di sini pagi ini disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din. - UTUSAN ONLINE