Sehubungan itu, jelas Lam Thye, kerajaan perlu membangunkan sebuah indeks tersendiri khusus untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat, terutamanya dalam kalangan guru dan penjawat awam.

“Langkah ini penting kerana kajian baru-baru ini menunjukkan 4.4 peratus daripada 48,258 responden atau kira-kira 2,000 guru mengalami stres tahap sederhana.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai kaedah untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat kerana kita perlu memastikan bahawa mereka yang menyumbang kepada pembangunan negara mempunyai minda yang positif, matang dan berkeupayaan untuk menjadi produktif, kreatif dan inovatif,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mendedahkan dapatan sebuah kajian pada tahun lalu bahawa terdapat 4.4 peratus daripada 48,258 responden yang terdiri daripada guru mengalami stres tahap sederhana tinggi.

Menurut beliau, keadaan tersebut berpunca daripada pelbagai faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan, kekurangan kemahiran dan tidak dilatih untuk menangani stres. - UTUSAN ONLINE