CNN Indonesia yang memetik Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida sebagai berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan berlakunya tiga kali letusan antara pukul 12 tengah hari dan 6 petang waktu tempatan.

Kejadian itu katanya, turut merekodkan 11 pergerakan dari dua hingga 61 milimeter (mm).

"Setakat ini, kita masih mengekalkan tahap amaran pada dua iaitu tahap berwaspada dan semua aktiviti pendakian kecuali untuk tujuan penyelidikan, dilarang sama sekali dalam lingkungan tiga kilo­meter dari kawah gunung berapi tersebut,” katanya. -AGENSI