Kompas. com melaporkan, agensi tersebut mengarahkan Kampung Batubulan, Niambangeng, dan Beba untuk berpindah ke kawasan selamat daripada ancaman lahar dan debu panas, berikutan tahap amaran kini diletakkan pada tahap kedua tertinggi selepas 21 Disember lalu.

“PVMBG meletakkan zon bahaya pada radius 2.5 kilometer daripada puncak kawah utama dan kedua. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di zon bahaya Gunung Berapi Karangetang,” kata jurucakap agensi berkenaan, Kasbani. -AGENSI