Tribun News melaporkan, Pusat Vulkanologi dan Pencegahan Bencana Geologi (PVMBG) di Pos Pementauan Gunung Agung merekodkan debu panas itu dihamburkan setinggi 1,000 meter dari aras puncak.

Berdasarkan rekod yang dicatat, letusan itu berlaku selama dua minit dan 15 saat.

Sehingga kini, status Gunung Agung masih diletakkan pada tahan tiga iaitu dalam keadaan berjaga-jaga. – AGENSI