Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Gunakan peluang bayar hutang PTPTN

ISU pembayaran balik pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering menjadi perdebatan umum sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif kepada agensi berkenaan.

Istilah seperti ah long, pencekik darah dan sebagainya seringkali dikaitkan dengan PTPTN.

Pelbagai cara sebenarnya te­lah diperkenalkan oleh PTPTN untuk memudahkan proses pembayaran balik pinjaman. Antaranya dengan menggunakan Akaun 2 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun masih ramai yang tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut.

Ini kerana hanya peminjam yang tidak tertakluk kepada tarikh kuat kuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17 Januari 2006 sahaja yang dibenarkan membuat pembayaran melalui Akaun 2.

Bagaimanapun, langkah KWSP yang melonggarkan syarat pengeluaran Akaun 2 untuk membayar pinjaman PTPTN tanpa terikat dengan tarikh perjanjian tertentu ternyata melegakan semua peminjam PTPTN terutama mereka yang terikat dengan syarat sebelum ini.

Malah ada kalangan rakan-­rakan penulis yang terikat dengan syarat tarikh perjanjian pinjaman itu telah mula mencongak baki yang masih ada di dalam Akaun 2 masing-masing untuk digunakan bagi menyelesaikan baki pinjaman pelajaran mereka.

Sebelum ini, ada di antara mereka yang dikenali penulis mahu melangsaikan hutang pendidikan dengan menggunakan Akaun 2 KWSP tetapi malangnya mereka terikat dengan syarat tersebut pula.

Bagi mereka yang mengambil pinjaman pendidikan daripada PTPTN sekitar tahun 2000 sudah pasti wang caruman KWSP di dalam Akaun 2 mencukupi untuk melunaskan hutang pendidikan.

Gunakan peluang yang diberikan oleh KWSP ini untuk melangsaikan hutang PTPTN yang selama ini memeningkan kepala anda.

Tambahan pula, kerajaan turut memberikan insentif kepada peminjam seperti diskaun 15 peratus kepada peminjam yang menyelesaikan baki keseluruhan hutang pinjaman.

Secara jelas hutang dalam apa juga keadaan perlu dilunaskan, malah agama Islam mewajibkan setiap umatnya menyelesaikan semua hutang-piutang yang dibuat jika mampu untuk membayarnya walaupun secara beransur-ansur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain