Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, nilai ringgit tidak hanya ditentukan semata-mata oleh harga minyak dunia tetapi juga dipengaruhi beberapa faktor penting seperti kadar peningkatkan faedah dolar Amerika Syarikat (AS) dan kemelut kewangan negara-negara membangun (emerging markets).

"Selain itu, beliau sengaja gagal mengambil kira faktor ketidaktentuan hala tuju ekonomi dunia akibat 'perang perdagangan' antara AS dan China.

"Walau bagaimanapun, beliau telah gagal mengambil kira fakta bahawa mata wang ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi amat baik antara mata wang utama dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE