Pengerusinya, Khairul Rizam Abu Samah berkata, individu yang kurang senang dengan kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu bercanggah dengan prinsip kesatuan dan perpaduan di negara ini.

“Sokongan kami ini adalah berlandaskan prinsip perjuangan kami yang percaya bahawa kaya miskin, jatuh bangun, hina mulia bangsa Melayu terletak pada tangan kami.

“Kami juga memberi amaran sekeras-kerasnya kepada mana-mana individu atau organisasi yang cuba untuk menggugat hak bangsa Melayu dalam pendidikan di negara ini hanya atas nama keadilan dan kesamarataan,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Turut senada, Naib Pengerusi GPMSWP, Muhammad Dzulkarnain Roslan, menempelak tindakan individu yang mengecam kenyataan Maszlee sebagai tidak memahami perlembagaan negara.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan beberapa individu yang cuba menganggu gugat sistem sedia ada serta tidak memahami perlembagaan Malaysia.

“Justeru, kami menyokong kenyataan beliau bagi memastikan kedudukan Melayu dan Bumiputera terus kekal terjamin khususnya dalam bidang pendidikan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE