Yang Dipertuanya, Mardhiah Mohamad Yusoff berkata, berikutan itu menyebabkan isu berkenaan berlarutan sehingga sekarang.

Malah kata beliau, beberapa pertubuhan Tionghoa dan Tamil di sini pada 14 Ogos lalu, turut bertindak mahu mengumpul tandatangan bagi mendesak kerajaan menarik balik keputusan memperkenalkan seni khat dan Jawi.

"Kami percaya jika perkara ini tidak ditangani sewajarnya, bimbang bakal menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

 

"Mereka (Dong Zhong) nampaknya tidak berminat langsung untuk hormat menghormati orang lain. Sepatutnya mereka berpandangan bebas dan mengamalkan prinsip demokrasi," katanya selepas membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Menurut beliau, jika isu pengenalan seni khat dan tulisan Jawi kepada murid-murid tahun depan itu berterusan, rakyat akan menjadi keliru.

"Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu pendidikan, kenyataan dan gambaran diberikan oleh mereka kepada media dan masyarakat ternyata berunsur provokasi keagamaan

"Adakah dengan mempelajari sesuatu nilai estetika penulisan kaligrafi mana-mana bahasa di dunia menjadikan seseorang individu itu akan memeluk agama yang lain? Ini adalah berunsurkan hasutan," katanya lagi.

Mardhiah berkata, tulisan Jawi sendiri merupakan sebahagian daripada nilai warisan Melayu yang sudah lama bertapak di tanah air.

Tambahnya, usaha Kerajaan dalam mengekalkan perpaduan dan keamanan kaum bakal direncatkan dengan sikap dan kenyataan pihak-pihak tertentu yang berlebihan dalam isu itu.

Sehubungan itu, Mardhiah memohon agar siasatan dilakukan ke atas Dong Zhong kerana sikap pertubuhan tersebut yang secara jelas menghasut, membudayakan persepsi negatif serta  menganggu gugat keharmonian kaum di Malaysia. - UTUSAN ONLINE