MOHD. AISHAMUDDIN YAAKOB
MOHD. AISHAMUDDIN

Pengerusinya, Mohd. Aishamuddin Yaakob berkata, pihaknya percaya bahawa langkah tersebut mampu meningkatkan aliran wang masuk ke dalam negara khususnya pelancong ke Malaysia.

Beliau yang turut mencadangkan agar kawasan Wang Kelian digazetkan sebagai pusat komersial agar pembangunan terancang dapat dilaksanakan di situ berkata, ini boleh dilakukan kerana kedudukannya yang strategik di sempadan Thailand.

"Pada masa sama, bagi meningkatkan kawalan keselamatan, anggota penguatkuasaan perlulah ditambah khususnya pada hari tertentu pintu sempadan dibuka iaitu Jumaat sehingga Ahad.

"GPMS percaya (kawalan keselamatan) boleh ditingkatkan dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan membuka semula zon aliran bebas di Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar pada 22 Mac lalu.

Baginda bertitah, telah menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan kerja ke negeri ini, baru-baru ini.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah jeti bersepadu Sanglang di Kuala Perlis dekat sini.

Mohd. Aishamuddin seterusnya berkata, GPMS menjunjung kasih titah Tuanku Syed Sirajuddin yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat di negeri ini apabila meminta kerajaan Persekutuan menimbang untuk membuka semula zon aliran bebas di Pos Imigresen Wang Kelian. - UTUSAN ONLINE