Menurutnya mereka harus berasa alergi dengan rasuah yang telah banyak merosakkan tadbir urus sesebuah negara.

"Saya yakin dan percaya anak-anak muda hari ini lebih bijak menilai kesan gejala rasuah kerana mereka lebih banyak terdedah dengan isu-isu nasional," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawAR) di Universiti Malaysia Perlis, disini, hari ini.

Konvensyen kali kedua itu dihadiri kira-kira 1,500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis dan Kedah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharain Mohd Jamil dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.Katanya keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya semua anggota Kabinet mengisytiharkan harta dan dipamerkan dalam laman web SPRM itu penting bagi anak-anak muda untuk menilai ketelusan kerajaan PH.

"Kami mahu mendidik golongan muda membudayakan tahap integriti yang tinggi dan menolak rasuah," tambah beliau.

Dalam siang media selepas itu Syed Saddiq berkata kes rasuah dalam bidang sukan adalah antara yang tertinggi dan beliau berhasrat menjadikan kementerian tersebut sebagai kementerian yang mendahului dalam tadbir urus telus dan bebas rasuah.
- BERNAMA