Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini rentetan empat pelatih GiatMara yang baru saja memenangi pertandingan di Melbourne, Australia.

Menurut Rina, para pelatih GiatMara juga akan ke Rusia bagi mengikuti pertandingan peringkat antarabangsa, Ogos ini.

“Giat Mara ini, kita beri galakan untuk menyertai pertandingan di dalam dan luar negara.

RINA MOHD. HARUN

RINA MOHD. HARUN 

“Apabila menang itu, ia bukan saja diiktiraf dalam negara, tetapi di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen HGH di Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmy Fadzil dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Ismail Musa.

Baru-baru ini, empat pelatih Giat Mara meraih kejayaan termasuk satu pingat emas dalam Global Skill Championship 2019 (GSC 2019) yang berlangsung di Melbourne, Australia, sejak 9 April lalu.

Pingat emas dan perak berjaya diraih oleh Amir Syazwan Saridan bagi kategori pemasangan elektrik dan Hanafi Osman bagi kategori teknologi fesyen, manakala pingat gangsa diraih oleh Timorthy Bakery.

GSC 2019 adalah pertandingan kemahiran peringkat dunia yang disertai 16 negara dengan mempertandingkan 24 jenis kemahiran.

Malaysia berjaya menempatkan kontinjennya dengan menyertai sebanyak 13 bidang kemahiran dan Giat Mara adalah antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang julung kalinya berjaya menempatkan seramai empat peserta dalam pertandingan itu. - UTUSAN ONLINE