Bagaimanapun, Agensi Pentadbir Meteorologi Korea berkata, ianya bukan berpunca daripada sebarang ujian nuklear.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa bumi sekuat 2.9 magnitud pada kedalaman lima kilometer namun tidak dapat menentukan sama ada ianya semula jadi atau buatan manusia.

Ini merupakan perkembangan terbaharu di Korea Utara, selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesarnya September lepas. -AFP